Kepada Semua Peserta Al-Nadwah.

mulai 21hb-27hb March 2011, anda dijemput untuk hadir bagi sesi lawatan terakhir bangunan sebelum tempoh operasi dijalankan. Surat makluman telah diposkan kepada peserta terlibat, sekiranya peserta bertukar alamat sila maklumkan kepada pejabat.

 

 

Syarikat Aeroventure Management Sdn. Bhd. ( AVM ) adalah syarikat milik bumiputra sepenuhnya dengan modal berbayar RM100 000. Fungsi AVM merangkumi khidmat perundingan bagi individu yang berkemampuan untuk mendirikan bangunan walet, menyediakan pelan binaan dan rekabentuk, pemasangan kayu belati, baik pulih, ubah suai dan pemasangan sistem audio. Ianya dikendalikan oleh tenaga berpengalaman melebihi 10 tahun dalam bidang ini. Selain dari itu, AVM juga telah mengorak langkah dalam penubuhan AVM Pantai Timur Sdn Bhd dimana pejabat pengurusannya terletak di Machang Kelantan. Syarikat melaksanakan satu projek yang dikenali sebagai Swiftlet Eco Park yang kini dibangunkan di Serdang Kedah dan Machang Kelantan.

Matlamat AVM adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan rumah burung layang-layang di kalangan bumiputra melalui pendekatan usahasama dengan syarikat-syarikat gabungan peserta projek. Melalui kaedah ini industri yang dikatakan hanya dimonopoli oleh golongan yang berada sahaja tidak lagi relevan kerana peserta turut dapat melibatkan diri bergantung kepada kemampuan modal yang telah diminimakan. Hasil yang diperolehi adalah untuk satu jangkamasa yang panjang sekaligus peserta boleh menyatakan hasil ini sebagai aset untuk masa depan yang boleh diwariskan.

Misi syarikat juga adalah untuk menjadikan wadah ini bagi mencapai slogan  MEMACU KEBAHAGIAAN BERGENERASI  agar dapat dimanfaatkan oleh semua masyarakat dalam menghadapi ekonomi masa depan yang amat mencabar.